KUALA LUMPUR 1 Jun – Iskandar Investment Berhad (IIB) dan Malaysia Debt Ventures Berhad(MDV) bekerjasama menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan syarikat teknologi sertapemula di Medini, Johor dengan menambah baik akses kepada pembiayaan dan memupukekosistem inovasi yang berkembang maju di rantau ini.
MoU itu akan menyaksikan IIB dan MDV berganding bahu untuk memperkenalkan danmempromosikan penyelesaian pembiayaan khusus MDV kepada rakan kongsi ekosistem IIB.
Dengan menambah baik akses kepada pembiayaan dan memupuk perkongsian strategik, kedua-dua organisasi juga berharap dapat menarik dan mengekalkan bakat teknologi selainmeningkatkan pembangunan ekonomi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Idzham Mohd Hashim berkata, denganmemanfaatkan kepakaran MDV dan penyelesaian pembiayaan khusus, pihaknya yakin bolehmemupuk ekosistem inovasi bertenaga dan menyokong pertumbuhan syarikat baharu di Johor,khususnya di Medini.
“Kerjasama ini membuktikan komitmen kami untuk memacu pembangunan ekonomi danmeningkat kedudukan Medini sebagai hab digital dan inovasi Johor,” katanya dalam kenyataanhari ini.
Terdahulu, memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani oleh Idzham dan Ketua PegawaiEksekutif MDV, Nizam Mohamed Nadzri, yang turut disaksikan oleh Setiausaha BahagianPembiayaan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Imran Abdullah.
Nizam pula berkata, pengalaman MDV dalam menyediakan pembiayaan syarikat dan projekteknologi serta infrastruktur teknologi utama sektor awam dan swasta selama lebih dua dekadsejak penubuhannya telah memberi wawasan dan keupayaan untuk lebih memahami keperluanpembiayaan unik bagi syarikat teknologi dan syarikat baru.

“Melalui program pembiayaan fleksibel dan perkongsian strategik kami dalam rangkaianekosistem IIB, kami menyasarkan untuk memacu inovasi dan keusahawanan di rantau ini.
“Kami percaya Johor adalah pemacu pertumbuhan utama bagi sektor teknologi di Malaysia dankami berbesar hati bekerjasama dengan IIB untuk usaha ini,” katanya.

Dalam pada itu, sesi perkongsian panel mengenai topik ‘From Startup to Scaleup’ turut dipaparkansebagai salah satu sorotan utama lanjutan majlis tersebut.
Turut dianjurkan ialah Klinik Pembiayaan MDV, satu sesi penglibatan antara MDV dan usahawanteknologi untuk memahami keperluan perniagaan mereka dan memperkenalkan kemudahanpembiayaan MDV yang tersedia terutamanya untuk kecekapan tenaga, automasi, dankejuruteraan pintar.