MDV mahu kurangkan NPF 4 peratus

NIZAM MOHAMED NADZRI (kiri) menunjukkan prestasi Malaysia Debt Ventures Bhd. pada 2018 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Lee Kah Choon (dua dari kiri).– Utusan /Abd Razak Aid

Share this post

Category: MDV in the News Post Date: January 24, 2019

MDV mahu kurangkan NPF 4 peratus

NIZAM MOHAMED NADZRI (kiri) menunjukkan prestasi Malaysia Debt Ventures Bhd. pada 2018 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Lee Kah Choon (dua dari kiri).– Utusan /Abd Razak Aid
NIZAM MOHAMED NADZRI (kiri) menunjukkan prestasi Malaysia Debt Ventures Bhd. pada 2018 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Lee Kah Choon (dua dari kiri).– Utusan /Abd Razak Aid

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Malaysia Debt Ventures Bhd. (MDV) menyasarkan untuk mengurangkan kadar pembiayaan tidak berbayar bersih (NPF) kepada empat peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 daripada sembilan peratus tahun lalu selaras dengan pelaksanaan pelan transformasi di bawah strategi perniagaan lima tahunnya.

Pengerusi MDV, Datuk Seri Lee Kah Choon berkata, tahun lalu MDV mencatatkan NPF kasar berjumlah 24 peratus dan jumlah itu dijangka berku­rangan kepada 14 peratus tahun ini kerana kumpulan itu terus meningkatkan proses pemberian pinjamannya.

“Kami akan merealisasikannya menerusi pembayaran balik dan pemerolehan semua baki pembiayaan yang ada de­ngan pelanggan.

“Kami akan cuba memudahkannya, sama ada mereka akan memperoleh aliran tunai menerusi projek lain atau pendapatan untuk membayar balik kepada kami,” katanya dalam sidang akhbar mengenai prestasi syarikat di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MDV, Nizam Mohamed Nadzri.

Sementara itu, Nizam berkata, sebagai syarikat pembiaya teknologi, MDV sedang mengkaji strategi perniagaan lima tahun yang dibahagikan kepada tiga bidang teras iaitu Transformasi, Pengukuhan dan Serantau, yang bertujuan meningkatkan platform dan infrastruktur syarikat sambil memperluaskan jejak serantau dan antarabangsa.

Beliau berkata, program transformasi perlu untuk memastikan MDV terus menyokong syarikat pemula niaga dalam bidang teknologi dan sektor terlibat.

“MDV telah memulakan penyediaan Dana Keempat dan penerokaan pendanaan alternatif serta melaksanakan program hutang teroka dan memperluaskannya menerusi bahagian kedua.

“Transformasi MDV juga akan melibatkan permulaan dan pembangunan hubungan serantau dan antarabangsa bersama-sama dengan penyertaan ekuiti pedanaan awam (ECF) atau rakan kepada rakan (P2P),” katanya.

Sehingga kini, MDV telah meluluskan RM11.7 bilion pembiayaan kepada 758 syarikat teknologi, membolehkan mereka menyiapkan kira-kira 878 projek dalam pelbagai bidang teknologi.

 

Source: Utusan