MDV bantu ketahanan syarikat teknologi

Share this post

Category: MDV in the News Post Date: November 18, 2020

MDV bantu ketahanan syarikat teknologi

Kuala Lumpur:

Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) meletakkan sasaran untuk meningkatkan kelulusan kemudahan pembiayaan kepada syarikat berasaskan teknologi tahun depan bagi menyokong proses pemulihan sektor itu di negara ini.

Anak syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) itu turut mempercepatkan proses kelulusan bagi permohonan di bawah program Technology Startup Financing Relief Facility (TSFRF) bagi memastikan syarikat pemula teknologi di negara ini dapat menikmati manfaat daripada pemulihan menyeluruh.

Langkah itu juga membantu syarikat terbabit membina ketahanan daripada sebarang implikasi negatif akibat kenaikan semula bilangan kes Covid-19 di Malaysia.

Pengerusinya, Khairul Azwan Harun berkata, MDV kini mengenal pasti inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi menyahut gesaan menteri kewangan kepada semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya meningkatkan sumbangan yang bertumpu kepada pemulihan ekonomi serta peningkatan peluang pekerjaan.

“Sebagai pembiaya khusus sektor teknologi di Malaysia, MDV komited untuk terus menyediakan dana bagi pertumbuhan dan pembangunan sektor teknologi yang dilihat berperanan penting dalam pemulihan ekonomi pasca-Covid-19.

“Sehubungan ini, MDV berbesar hati memaklumkan Kementerian Kewangan Malaysia memberikan kelulusan kepada MDV untuk melancarkan Dana Keempat melalui program terbitan sukuk berdasarkan penilaian kredit korporat MDV sendiri,” katanya.

Harian Metro