Malaysia Debt Ventures Berhad (578113-A)
The Nation’s Leading Technology Financier
MOSTI

Rumah Anak Yatim Opah Hasnah Dapat Wajah Baharu

Oleh A.Prabagaran Assaithampi

KLANG, 11 Julai (Malaysiaaktif) — Seramai 25 orang penghuni rumah anak yatim Opah Asnah di Bukit Kuda di sini mendapat bantuan menerusi khidmat masyarakat (CSR) yang julung kali diadakan oleh Kementerian Kewangan.

Program yang berlangsung pagi tadi dianjurkan oleh Kelab Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia dengan Kerjasama Malaysia Debt Ventures Berhad ( MDV) dan Commerce Dot Com Sdn Bhd.

20150711002751

Menurut penganjur, matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada warga Kementerian Kewangan, MDF dan CDC terhadap realiti kehidupan golongan yang kurang bernasib baik, terutama pada Ramadhan.

Pengasas Rumah Anak Yatim, Hajah Asnah Md Rais atau lebih dikenali sebagai Opah Asnah, 75 tahun, menjaga seramai 25 orang anak yatim berusia daripada  3 hingga 19 tahun. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana membantu meringankan beban mereka.

20150711002751-1

Melalui program ini, Kementerian Kewangan menyumbangkan duit raya dan bubur lambuk, sementara MDV menyumbang dalam bentuk khidmat baik pulih rumah dan surau di situ. CDC menyumbangkan duit raya dan kuih raya.

Sumbangan disampaikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MDV(M) Sdn Bhd Datuk Muhd Zubir Ansori Yahaya dan Ketua Pegawai Eksekutif CDC, Muzafar Kamal Shaludin.

-Malaysia Aktif

Best viewed with Internet Explorer 7.0, Firefox 1.5 and Flash Player 8 and above.
© 2013 Malaysia Debt Ventures Berhad. All rights reserved. Please read our Disclaimer