Malaysia Debt Ventures Berhad (578113-A)
The Nation’s Leading Technology Financier
MOSTI

MDV Terus Tinjau Cara Tingkatkan Perkhidmatan Pelanggan

-Bernama

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) terus konsisten dalam meneroka cara-cara untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan.

MDV adalah pembiaya dan fasilitator pembangunan inovatif utama untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknologi, teknologi hijau dan lain-lain sektor teknologi membangun di Malaysia.

Pengerusinya Tan Sri Dr Abdul Samad Alias berkata MDV kini sedang mengembangkan tawaran produknya dan melihat untuk memberikan pakej pembiayaan yang disesuaikan pada kadar yang berdaya saing.

“MDV juga komited untuk memenuhi misi kami dan akan terus membantu pengembangan pelanggan menerusi produk kewangan inovatif. Kami percaya dalam menjadikan produk kami lebih diterima dan menarik kepada pelanggan kami,” katanya pada majlis ulang tahun ke-10 MDV di sini hari ini.

Setakat ini, beliau berkata MDV telah meluluskan permohonan bernilai lebih RM6.3 bilion, yang diterjemahkan kepada meluluskan pinjaman kepada lebih 500 syarikat.

Pada tahun ini, MDV akan melancarkan tiga skim pembiayaan baharu, iaitu Skim Dasar Lorong Hijau, Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dan Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek, dengan objektif utama menawarkan perusahaan kecil dan sederhana kelebihan tambahan dan terus meningkatkan daya saing dalam sektor teknologi.

Best viewed with Internet Explorer 7.0, Firefox 1.5 and Flash Player 8 and above.
© 2013 Malaysia Debt Ventures Berhad. All rights reserved. Please read our Disclaimer