Malaysia Debt Ventures Berhad (578113-A)
The Nation’s Leading Technology Financier
MOSTI

MDV SEDIA RM300J BIAYA PROJEK TEKNOLOGI HIJAU

-Berita Harian-

Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah fleksibel, iaitu diselaraskan dengan aliran tunai projek yang dilaksanakan. Antara kriteria yang perlu dipenuhi syarikat pemohon ialah, ia mesti diperbadankan di Malaysia dengan modal berbayar minimum RM100,000 dan mempunyai sekurang-kurangnya lima kakitangan.

Program pembiayaan teknologi hijau itu adalah bidang tumpuan ketiga MDV, selepas program pembiayaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diperkenalkan pada 2003 dan bioteknologi yang dilancarkan pada 2008.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif MDV, Md Zubir Ansori Yahaya, berkata pelancaran program pembiayaan baru itu adalah seiring dengan tumpuan terhadap teknologi hijau dalam model ekonomi baru Malaysia dan Rancangan Malaysia Ke-10.

Katanya pada sidang media selepas pelancaran program itu di Kuala Lumpur, semalam. Pelancarannya disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Hadir sama, Pengerusi MDV, Datuk Dr Abdul Samad Alias dan Pengerusi Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia), Datuk Paduka Dr Ir Keizrul Abdullah.

Md Zubir berkata, MDV akan bekerjasama dengan GreenTech Malaysia secara khusus untuk mengenal pasti beberapa syarikat bertauliah yang berpotensi serta memerlukan bantuan kewangan untuk membiayai projek masing-masing.

Selain menyediakan kemudahan pembiayaan, MDV turut menyediakan perkhidmatan nilai ditambah kepada pelanggannya menerusi perkhidmatan perundingan panduan amalan terbaik industri.

Bagi menjadikan proses lebih mudah dan lancar bagi bakal peminjam, proses pinjaman dipermudahkan dengan mengambil masa tidak lebih daripada 45 hari bekerja selepas dokumentasi projek dan syarikat yang lengkap dihantar kepada MDV.

Md Zubir berkata, daripada dana yang sudah diagihkan MDV kepada beberapa syarikat tempatan, 85 peratus daripadanya adalah dalam sektor ICT dan bakinya dalam bidang bioteknologi.

Best viewed with Internet Explorer 7.0, Firefox 1.5 and Flash Player 8 and above.
© 2013 Malaysia Debt Ventures Berhad. All rights reserved. Please read our Disclaimer