Malaysia Debt Ventures Berhad (578113-A)
The Nation’s Leading Technology Financier
MOSTI

MDV sedia RM200j program MY2GEN

-Berita Harian

Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) bekerjasama dengan Perbadanan Bioteknologi Malaysia bagi melaksanakan Inisiatif Bahan Mentah Bioteknologi Industri Generasi Ke-2 (MY2GEN).

Menerusi inisiatif itu, MDV sebagai agensi pembiaya teknologi utama, akan menyediakan bantuan kewangan dengan menawarkan pinjaman/pembiayaan yang berlandaskan syariah kepada pekilang minyak sawit yang memenuhi syarat MY2GEN.
Ia memperuntukkan RM200 juta bagi program MY2GEN, yang dijangka memenuhi keperluan pembiayaan 20 pekilang minyak sawit untuk mendirikan dan menjayakan kemudahan penukaran gula selulosa generasi kedua sebanyak 200,000 tan di premis mereka.

Dengan komitmen MDV, kami percaya ia percepat pertumbuhan sektor bioteknologi ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,” Md Zubir Ansori Yahya, Ketua Eksekutif MDV

MDV komited

“Dengan komitmen MDV, kami percaya ia mempercepat pertumbuhan sektor bioteknologi ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif MDV, Datuk Md Zubir Ansori Yahya dalam kenyataan.

MY2GEN ialah inisiatif kerajaan-swasta untuk mewujudkan kerjasama antara pekilang minyak sawit, penyedia teknologi, pelabur kimia hiliran dan pembiaya pengeluaran kimia berasaskan biogula selolusa bernilai tinggi.

Peruntukan RM200 juta oleh MDV itu akan ditawarkan kepada pengilang perintis yang mengambil bahagian untuk membiayai hingga 70 peratus kos projek.
Kadar faedah rendah

Kerajaan akan meringankan lagi beban kos pembiayaan pengilang dengan memberikan subsidi kadar faedah dua peratus setahun sepanjang tempoh pembiayaan.

Dengan kos pembiayaan yang lebih rendah itu, MDV menjangkakan minat yang tinggi daripada pengilang perintis, kata Md Zubir.

MDV akan menawarkan pakej pembiayaan Rangkaian Projek Pusingan MDV kepada pelanggan MY2GEN berdasarkan tempoh tetap bagi komponen perbelanjaan modal untuk mendirikan sebuah kemudahan penukaran.

Sejak penubuhannya pada 2002, MDV meluluskan pinjaman RM6.3 bilion kepada 500 syarikat, dengan 74 peratus disalurkan kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Best viewed with Internet Explorer 7.0, Firefox 1.5 and Flash Player 8 and above.
© 2013 Malaysia Debt Ventures Berhad. All rights reserved. Please read our Disclaimer