Malaysia Debt Ventures Berhad (578113-A)
The Nation’s Leading Technology Financier
MOSTI

MDV Sasar Agih RM200 Juta Menerusi Produk Pembiayaan iFactoring Yang Baru Dilancar

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV), unit milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, menyasarkan untuk mengagihkan RM200 juta produk pembiayaan iFactoring yang baru dilancarkan sehingga Mac 2013.

Produk berkenaan — iFactoring dan Struktur Pembiayaan Berkaitan Ekuiti — bermatlamat menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kemudahan iFactoring menawarkan urusan antara sesebuah firma dan MDV, dengan MDV membeli akaun terimaannya dengan tunai.

Menerusi Struktur Pembiayaan Berkaitan Ekuiti, MDV menawarkan kos pembiayaan diskaun yang menarik untuk pelanggannya.

Struktur pembiayaan termasuk penukaran daripada baki tertunggak kemudahan itu kepada ekuiti.

Best viewed with Internet Explorer 7.0, Firefox 1.5 and Flash Player 8 and above.
© 2013 Malaysia Debt Ventures Berhad. All rights reserved. Please read our Disclaimer