Malaysia Debt Ventures Berhad (578113-A)
The Nation’s Leading Technology Financier
MOSTI

MDV Peruntuk RM50,000 Untuk Program CSR 2012

DSC 2346 300x199

SHAH ALAM, 14 Julai (Bernama) — Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan memperuntukkan RM50,000 bagi menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada tahun ini.
DSC_2346-300x199
Pengarah Urusan dan Ketua Pengawai Eksekutif Md Zubir Ansori Yahaya berkata peruntukan itu termasuk bagi program CSR pendidikan yang diadakan hari ini.

Program tersebut dijalankan bersama-sama 50 kanak-kanak istimewa yang merupakan pelajar Sek Keb Raja Muda di Seksyen 4 di sini.

Beliau berkata bagi program ‘Ceria Bersama MDVian and The Super Special Kids’ itu, sebanyak RM10,000 diperuntukkan bagi menyediakan alat bantu mengajar dan empat komputer riba di sebuah kelas yang dinamakan MDV Hot Spot.

“Ini merupakan kali pertama program CSR pendidikan kita membabitkan kanak-kanak istimewa. Sebelum ini kita ada menjalankan program seperti ini dengan anak-anak yatim,” katanya kepada Bernama di sini.

Selain sumbangan itu katanya, warga MDV turut mengadakan aktiviti gotong royong serta membawa beberapa pelukis profesional untuk melukis mural bertemakan alam sekitar dan pendidikan.

Guru Besar Kamarulzaman Yahya berkata sumbangan yang diberikan amat dihargai kerana ia termasuk peralatan yang boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan dan pendidikan asas kanak-kanak istimewa.

Beliau berkata kelas integrasi itu diwujudkan sejak 1988 untuk memberi peluang pendidikan kepada kanak-kanak istimewa yang menghidap sindrom down, autisme, disleksik dan kurang upaya.

–BERNAMA

Best viewed with Internet Explorer 7.0, Firefox 1.5 and Flash Player 8 and above.
© 2013 Malaysia Debt Ventures Berhad. All rights reserved. Please read our Disclaimer