Malaysia Debt Ventures Berhad (578113-A)
The Nation’s Leading Technology Financier
MOSTI

MDV lulus RM450j

-Harian Metro

MALAYSIA Debt Venture Berhad (MDV) setakat ini meluluskan dana berjumlah RM450 juta untuk pembiayaan operasi syarikat bioteknologi di negara ini.

Pengarah Urusannya, Md Zubir Ansori berkata, ia hanya sebahagian daripada sasaran kelulusan pembiayaan RM973 juta untuk tahun ini.

“Pembiayaan ini dibahagikan mengikut beberapa subsektor di bawah industri berasaskan bioteknologi termasuk lima peratus untuk sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), manakala 15 peratus bioteknologi dan 40 peratus bagi teknologi hijau,” katanya pada sidang media Persidangan BioMalaysia 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, pembiayaan itu diharap dapat membantu syarikat terbabit memacu operasi lebih produktif dan memberi nilai tambah kepada setiap produk dihasilkan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi BiotechCorp, Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal berkata, pihaknya menyasarkan pertumbuhan pelaburan langsung asing dalam sektor bioteknologi sehingga RM9 juta di bawah fasa kedua Dasar Bioteknologi Kebangsaan (NBP) bagi tahun 2010 hingga 2015.

“Objektif fasa kedua ini adalah untuk membawa industri bioteknologi ke arah perniagaan berikutan kami ingin membantu pengusaha industri domestik menjadi pemain global.

“Untuk itu, BiotechCorp sedang berusaha memperkukuhkan industri dari segi persekitaran kewangan menerusi penyediaan pelbagai geran selain membangun infrastruktur sains dan teknologi terbaik,” katanya.

BioMalaysia 2012 adalah acara pameran dan persidangan bioteknologi terbesar Malaysia yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 5 hingga 7 November depan memfokus kepada kerjasama perniagaan antara syarikat antarabangsa bagi memacu pertumbuhan ekonomi industri lebih mapan.

Mohd Nazlee berkata, unfasa pertama NBP, industri bioteknologi Malaysia mencatat pencapaian membanggakan dengan nilai pelaburan RM5.4 juta dan keuntungan RM13.5 juta serta menyediakan 54,776 peluang pekerjaan.

Sehingga tahun ini, BiotechCorp mempunyai 215 syarikat bioteknologi berstatus bio-nexus berbanding hanya tujuh pada 2006.

Best viewed with Internet Explorer 7.0, Firefox 1.5 and Flash Player 8 and above.
© 2013 Malaysia Debt Ventures Berhad. All rights reserved. Please read our Disclaimer