Malaysia Debt Ventures Berhad (578113-A)
The Nation’s Leading Technology Financier
MOSTI

MDV Jangka Janji Niaga Bernilai RM973 Juta Dalam 3 Industri Tahun Ini

-Bernama

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Malaysian Debt Ventures Bhd (MDV) menjangkakan janji niaga bernilai RM973 juta tahun ini bagi industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknologi dan teknologi hijau, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Zubir Ansori Yahaya, Jumaat.

Daripada RM973 juta kelulusan pembiayaan yang disasarkan bagi tahun ini, RM450 juta telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan, katanya pada sidang akhbar mengenai Persidangan BioMalaysia 2012 yang akan diadakan di sini, pada 5-7 November depan.

Sementara itu, Datuk Dr. Mohd Nazlee Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd berkata industri bioteknologi dijangka menyumbang empat peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 10 peratus kepada pasaran bioteknologi serantau pada akhir fasa dua.

Dasar Bioteknologi Kebangsaan (DBK) dijangka menarik pelaburan bernilai RM9 bilion dalam fasa kedua dari 2011 hingga 2015.

Industri bioteknologi di Malaysia telah mencapai kejayaan menggalakkan terutamanya semasa fasa pertama DBK, di mana industri berjaya menarik pelaburan bernilai RM5.4 bilion, meraih pendapatan berjumlah RM13.5 bilion, menyediakan 54,776 peluang pekerjaan dan menyumbang 2.2 peratus kepada KDNK.

Best viewed with Internet Explorer 7.0, Firefox 1.5 and Flash Player 8 and above.
© 2013 Malaysia Debt Ventures Berhad. All rights reserved. Please read our Disclaimer