Malaysia Debt Ventures Berhad (578113-A)
The Nation’s Leading Technology Financier
MOSTI

Kesedaran Mengenai Perlindungan IP Oleh Institusi Kewangan Masih Rendah: MyIPO

-Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) — Walaupun kesedaran mengenai perlindungan harta intelektual (IP) semakin meningkat dalam kalangan syarikat Malaysia, institusi kewangan masih mengambil sikap tunggu dan lihat, kata Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Ketua Pengarahnya Datuk Azizan Mohamad Sidin berkata landskap IP bergerak daripada semata-mata perlindungan undang-undang kepada kaedah strategik dan perniagaan untuk menjana nilai.

“syarikat bukan sahaja tidak menggunakan hak IP bagi meningkatkan kelebihan saingan dan menjana pendapatan, malah untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan,” katanya kepada Bernama mengenai “Seminar Penilaian IP bersama Industri” Selasa.

Azizan berkata MyIPO akan terus meningkatkan pembabitan dengan syarikat tempatan dan bank supaya sentiasa seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam industri.

Pada Februari, MyIPO mula melatih 23 pegawai daripada pelbagai latar belakang, termasuk undang-undang, perakaunan, bioteknologi, kimia dan perniagaan, menerusi Model Latihan Penilaian IP, satu inisiatif yang bermatlamat mewujudkan kumpulan penilai IP tempatan yang berkelayakan.

“Kumpulan pertama pelatih dijadual menamatkan pengajian pada akhir bulan ini dengan menduduki peperiksaan untuk disahkan, dan mereka akan dibimbing oleh pakar asing.

“Pada masa ini, bank tidak memberi pembiayaan IP namun kami berharap mereka akan lebih meyakinkan apabila penilai PP terdiri daripaa pegawai dari MyIPO,” katanya.

Beliau berkata apabila keseluruhan inisiatif dilaksanakan, bank akan dapat melihat pembiayaan perniagaan IP sebagai berdaya maju, dan ia pasti akan membawanya ke tahap baharu berdasarkan inisiatif kerajaan dalam memprompsi bidang berkenaan.

Satu daripada inisiatif itu ialah skim pembiayaan IP RM200 juta yang ditawarkan menerusi Malaysia Debt Ventures, yang akan menyediakan kadar faedah subsidi dua peratus dan jaminan 50 peratus menerusi Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd.

“Dengan lebih banyak syarikat memperoleh manfaat daripada inisiatif penilaian IP ini, kamu yakin untuk membangunkan model penilaian IP dalam konteks Malaysia, yang sesuai untuk industri dan pembiaya tempatan,” katanya.

Best viewed with Internet Explorer 7.0, Firefox 1.5 and Flash Player 8 and above.
© 2013 Malaysia Debt Ventures Berhad. All rights reserved. Please read our Disclaimer