Malaysia Debt Ventures Berhad (578113-A)
The Nation’s Leading Technology Financier
MOSTI

GEM sasar 100,000 ahli menjelang akhir 2016

image

KUALA LUMPUR 8 Mac – Pergerakan Keusahawanan Global (GEM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperkasakan usahawan menyasarkan sehingga 100,000 keahlian menjelang akhir tahun ini dipacu oleh sokongan yang memberangsangkan dalam kalangan usahawan, NGO dan sektor swasta.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Penaung GEM, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, GEM yang terbuka kepada semua usahawan di seluruh dunia akan menganjurkan program bukan sahaja di negara ini, malah di peringkat serantau dan seterusnya antarabangsa.

Katanya, antara program yang akan dilaksanakan oleh GEM adalah program mentor daripada ahli gabungan seperti NGO dan sektor swasta yang akan memberi bimbi­ngan dan latihan bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat serantau.

“Selepas ini, kami akan me­nubuhkan cawangan di setiap negeri dan kemudian akan me­nubuhkan ketua-ketua di peringkat serantau yang juga akan dilaksanakan pada tahun ini.

“GEM melibatkan kerjasama antara swasta dan kerajaan untuk membantu usahawan dan kami mahu menunjukkan bahawa NGO yang lahir dari Malaysia juga mampu untuk bergerak dengan pantas,” katanya selepas pelancaran GEM di sini semalam. Yang turut hadir, Presiden GEM, Dash Dhaksinamorthy.

Mengulas mengenai pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) yang baharu, beliau memberitahu pelantikan akan dibuat dalam masa sebulan lagi.

“Buat masa ini kami dalam proses menemuduga beberapa calon. Saya telah pun melantik panel bebas dan dalam masa sebulan lagi kami akan melantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu,” ujarnya.

Source: Utusan

Best viewed with Internet Explorer 7.0, Firefox 1.5 and Flash Player 8 and above.
© 2013 Malaysia Debt Ventures Berhad. All rights reserved. Please read our Disclaimer